Selamat Datang..............

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Dusun Nyior, Semoga dengan kehadiran laman ini akan membantu warga SKTDN dan semua pelayar dalam mendapatkan maklumat terkini dan info info tambahan bagi tujuan ilmiah, insyallah.
Walaubagaimanapun, laman ini masih baru dan masih dalam proses pembikinan diharap para pengguna bersabar dan insyaallah laman ini akan diupdate dari masa ke semasa..

Selasa, 8 November 2011

15 Langkah meningkatkan keupayaan otak


Otak anda adalah ibarat mahkota dalaman anda dan perlu dijaga dengan baik kerana dengannya lah anda berfikir dan melakukan pelbagai tugasan di dunia ini. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menjaga otak anda agar memorinya stabil dan semakin meningkat prestasinya.

1. Pastikan otak kita sentiasa aktif – Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.
.
2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.
3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.
4. Buat senaman selalu – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.

Isnin, 7 November 2011

Cara menghapuskan perasaan rendah diri dalam diri pelajar


Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri seseorang pelajar. Oleh itu bagaimana menghapuskan perasaan rendah diri dalam diri pelajar?

1. Elakkan diri daripada situasi yang negatif.

Orang yang berasa rendah diri biasanya selalu berada dalam situasi yang negatif. Contohnya berada di kalangan orang yang sering bertengkar dan berbalah pendapat kepada perkara remeh. Orang yang mempunyai konsep diri yang tinggi selalu berada dalam situasi yang positif. Contohnya berada dalam situasi kemesraan dan perbincangan yang positif. Oleh itu cuba elakkan berada dalam situasi negatif.

2. Elakkan bergaul dengan mereka yang selalu berfikiran negatif

Pelajar yang suka berfikir negatif akan mempengaruhi pelajar lain untuk ber kiran sepertinya. Contohnya pelajar yang suka ponteng akan mencari rakan yang akan bersama-sama dengannya. Pelajar yang berfikir positif akan membawa kepada cara berfikir yang sihat. Contohnya pelajar yang berfikiran positif sering memikirkan matlamat yang positif dan cara-cara untuk mendapatkannya.

Ahad, 6 November 2011

19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda!

Himpunan 19 Kata Kata Hikmat Motivasi Untuk Membakar Semangat Anda!

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha 1432H


Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi

Selasa, 1 November 2011

Teknik Membaca Berkesan

Teknik Membaca PQRST
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan olehThomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". 
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 

Isnin, 31 Oktober 2011

10 Tip Pengurusan masa yang berkesan


  • Buat rancangan
Adik adikmemerlukan perancangan aktiviti harian.Jikalau tidak,anda akan menggunakan waktu mengikut apa sahaja yang berlaku dimeja tulis anda .Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum,dengan memfokuskan kepada dua dan tiga perkara yang anda ingin selesaikan.Semakin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merancang sesebuah kerja,maka semakin sedikit jumlah waktu yang diperlukanuntuk menyelesaikannya.
  • Waktu ulangkaji.
Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih dari tiga jam sehari.Malah,semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu lima hingga tujuh jam sehari.Dalam tempoh itu,anda mungkin belajar sejam pada waktu subuh,dua jam pada waktu petang dan tiga jam pada waktu malam.Namun,yang penting anda perlu membuat jadual belajar dengan betul dari sekarang.

Ahad, 30 Oktober 2011

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ujian Membaca

Cuba baca info ini, anda berkemahiran tinggi jika dapat membaca dengan pantas kerana tidak semua dapat membacanya, selamat mencuba

Khamis, 27 Oktober 2011

Bangkit dari kegagalan


Kegagalan bukan bermakna berakhirnya satu impian atau harapan, ia sebenarnya merupakan satu titik permulaan dan cabaran untuk menuju kejayaan. Renung - Fikir - Bertindak

Selasa, 25 Oktober 2011

Happy Deepavali 2011


Salam Sejahtera,
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Nyior, ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru  serta  Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu... Semoga Ceria Selalu, Take Care and see u all on this next week. :)


Pengikut Blog ini