Selamat Datang..............

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Dusun Nyior, Semoga dengan kehadiran laman ini akan membantu warga SKTDN dan semua pelayar dalam mendapatkan maklumat terkini dan info info tambahan bagi tujuan ilmiah, insyallah.
Walaubagaimanapun, laman ini masih baru dan masih dalam proses pembikinan diharap para pengguna bersabar dan insyaallah laman ini akan diupdate dari masa ke semasa..

Isnin, 7 November 2011

Cara menghapuskan perasaan rendah diri dalam diri pelajar


Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri seseorang pelajar. Oleh itu bagaimana menghapuskan perasaan rendah diri dalam diri pelajar?

1. Elakkan diri daripada situasi yang negatif.

Orang yang berasa rendah diri biasanya selalu berada dalam situasi yang negatif. Contohnya berada di kalangan orang yang sering bertengkar dan berbalah pendapat kepada perkara remeh. Orang yang mempunyai konsep diri yang tinggi selalu berada dalam situasi yang positif. Contohnya berada dalam situasi kemesraan dan perbincangan yang positif. Oleh itu cuba elakkan berada dalam situasi negatif.

2. Elakkan bergaul dengan mereka yang selalu berfikiran negatif

Pelajar yang suka berfikir negatif akan mempengaruhi pelajar lain untuk ber kiran sepertinya. Contohnya pelajar yang suka ponteng akan mencari rakan yang akan bersama-sama dengannya. Pelajar yang berfikir positif akan membawa kepada cara berfikir yang sihat. Contohnya pelajar yang berfikiran positif sering memikirkan matlamat yang positif dan cara-cara untuk mendapatkannya.



3. Dapatkan maklumat berkaitan dengan yakin diri

Terdapat banyak artikel dan tulisan di pasaran berkaitan "self improvement", motivasi kendiri, dan seumpamannya. Pengalaman orang lain bagaimana mereka dapat mengatasi kegagalan untuk menempa kejayaan merupakan contoh-contoh positif yang boleh dijadikan panduan dan teladan. Kunci utama kepada mereka yang telah berjaya ialah percaya kepada diri untuk berjaya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang berusaha mengubahnya.

4. Selalu berfikiran positif

Orang yang berfikiran positif selalu melihat peluang manakala orang yang ber kiran negatif sering melihat halangan dan masalah. Seorang pelajar yang ingin berjaya sering melihat strategi dan usaha ke arah mencapai matlamat yang diingini berbanding dengan pelajar yang kabur tentang masa depannya sentiasa melihat bagaimana untuk mencari helah untuk tidak mahu belajar dan tidak mahu bersekolah.

5. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila dilanda masalah.

Sebagai manusia anda tidak sunyi dilanda masalah. Jika anda dilanda masalah anda perlu mendapatkan sokongan daripada rakan atau saudara-mara. Ceritakan masalah anda kepada mereka. Anda boleh mendapatkan pandangan atau nasihat yang baik dari mereka.

6. Dapatkan nasihat pakar jika menghadapi masalah rumit.

Jika masalah yang anda alami terlalu berat dan melibatkan perasaan serta kerunsingan yang berpanjangan anda boleh merujuk kepada mereka yang dianggap pakar seperti guru bimbingan atau kaunselor untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih profesional. Anda akan dapat melihat potensi diri anda dan nampak jalan bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah yang anda tanggung itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut Blog ini